CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 12, 2008

KITA DAN JATI DIRI

Apakah definisi sebenar perkataan JATI DIRI?. cuba fikirkan, bagaimanakah pula jati diri itu diukur?. Menurut Kamus Dewan, perkataan jati, sama dengan sejati yang membawa maksud asli, murni, tulen dan tidak bercampur. Apabila dikaitkan jati dengan sejenis tumbuhan, kita akan membayangkan sepohon pokok yang tegap, berakar tunjang yang menjunam ke dasar bumi, berbatang keras dan mahal. Tetapi, apabila kita kaitkan jati diri dengan insan, ia membawa maksud seorang manusia sempurna yang memiliki keseimbangan antara akli (fikiran), jasmani dan rohaninya. Persoalannya, apakah jenis sukatan atau neraca yang boleh kita gunakan bagi menilai seseorang itu memiliki jati diri atau tidak? Dalam konteks ini, penulis merujuk jati diri seorang manusia berdasarkan kepada apa yang sudah dinyatakan Allah, seperti yang terkandung dalam Kitab al-Quran. Di antara ciri-ciri atau sifat insan yang memiliki mutu jati diri ialah sebagaimana maksud firman Allah dalam Surah al-Mukminun, ayat 1 hingga 11. Dalam membangunkan kemanusiaan insan, agama Islam lebih memfokuskan kepada pembangunan dalaman manusia itu, iaitu rohnya. Sabda Rasulullah, yang bermaksud: “Sesungguhnya, dalam jasad manusia ada seketul darah, jika ia baik, maka seluruh jasad akan menjadi baik, sebaliknya jika ia rosak, seluruh jasad akan menjadi rosak”. Setiap manusia yang hidup di bumi Allah ini, sudah pasti tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai masalah. Sama ada masalah itu besar atau sebaliknya, bergantung kepada kemampuan seseorang individu menghadapinya. Islam membina dan membangunkan keyakinan insan melalui rangsangan dan galakan. Sabda baginda, yang bermaksud : “Setiap penyakit ada penawarnya”. Justeru, setiap masalah, akan ada jalan penyelesaiannya. Dalam proses penyelesaian masalah, Islam menyarankan kita agar memiliki nilai-nilai murni seperti sentiasa bersikap proaktif, berani berhadapan masalah, berfikiran positif, yakin bahawa setiap masalah itu memiliki hikmah di sebaliknya, sabar dan tenang agar tindakan yang diambil tepat dan berkesan. Di antara usaha dan ikhtiar yang dituntut oleh Islam, ialah menggalakkan kita sentiasa berdoa. Allah berfirman yang bermaksud : “Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang yang menyombong diri daripada menyembah-Ku, akan masuk dalam neraka jahanam dalam keadaan hina-dina.” (Surah al-Mukmin: 60). Ulama mentafsir ‘menyombong diri daripada menyembah-Ku’ sebagai tidak berdoa dan tidak beribadat kepada Allah. Berdoa adalah satu ibadah, sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Doa itu intinya ibadat.” Antara galakan dalam al-Quran supaya kita berdoa, adalah firman Allah, yang bermaksud: “Apabila hamba-Ku bertanya engkau mengenai zat-Ku, maka jawablah bahawa Aku amat hampir. Aku sentiasa menerima permohonan orang yang berdoa apabila mereka memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi segala perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqara: 186). Doa juga adalah senjata orang beriman, tetapi sejauh manakah kita menggunakan senjata ini bagi menghadapi segala masalah yang menghantui diri kita?. Marilah kita bertanya kepada diri sendiri, mudah-mudahan jawapan itu nanti, akan menjadi permulaan bagi menggerakkan seluruh jasad untuk berfikir ke hadrat Ilahi. Tindakan sebegini akan dapat meredakan keresahan hati, seterusnya membuka pintu kepada penyelesaian masalah. Imam al-Ghazali dalam kitab ‘Mau‘izatul Mukminin’, menggariskan beberapa tatacara amalan berdoa seperti yang diajarkan oleh Rasulullah. Antara adab berdoa ialah: l Memilih waktu, masa dan tempat yang sesuai, malahan terbaik, seperti berdoa pada bulan Ramadan, pada hari Jumaat iaitu di antara dua khutbah, di waktu tengah malam, serta di Masjidil Haram di Makkah l Menghadapkan muka ke arah kiblat dan menadah kedua belah tangan tinggi-tinggi, dan menyapu tangan ke muka selepas selesai l Merendahkan suara antara perlahan dan kuat dan tidak melampaui, sehingga nada seperti orang bersajak dan bersyair l Berdoalah dengan penuh rasa rendah diri, khusyuk, mengharap dan berasa takut kalau-kalau doa tidak dimakbulkan l Hendaklah bersikap tetap diri dalam berdoa dan yakin bahawa doanya akan dimakbulkan Allah. l Berdoalah bersungguh-sungguh dan jangan sesekali berputus asa. Sebaik-baiknya, diulangi sehingga tiga kali. l Hendaklah dimulakan dan diakhiri dengan menyebut nama Allah dan puji-pujian kepada-Nya serta mengucapkan salam ke atas Rasulullah saw l Membersih dan menyucikan hati dengan banyak memohon ampun dan bertaubat sebelum berdoa. Mudah-mudahan dengan menghayati adab berdoa itu, segala permintaan kita diperkenankan Allah. Bagaimanakah sikap Rasulullah menghadapi semua cabaran dan ujian Allah? Di antara perkara yang dilakukan baginda ialah sentiasa berdoa, mengadu dan bermunajat kepada Allah. Dalam kehidupan seharian baginda, pelbagai doa menjadi amalan baginda, bermula dengan doa semasa bangun tidur sehinggalah kepada doa hendak tidur. Semua doa ini adalah warisan bernilai yang ditinggalkan baginda untuk diamalkan oleh umatnya, bagi membina jati diri. Ibu bapa, selain perlu membanyakkan amalan berdoa untuk kebaikan anak-anak, perlu juga mendidik mereka supaya menjadikan doa sebagai amalan rutin apabila memulakan sesuatu. Manakala guru dan pendidik yang berhadapan dengan pelbagai ragam serta kerenah pelajar dan remaja, sewajarnya banyak beristighfar dan berdoa untuk menggalakkan pelajar mereka yang lemah, khususnya dalam bahasa Inggeris, sains dan matematik, supaya mampu bersaing dan yakin dengan potensi diri. Guru-guru berperanan meyakinkan pelajar bahawa hanya dengan pertolongan dan janji Allah, usaha mereka yang bersungguh-sungguh akan dikabulkan Allah. Ajarilah pelajar supaya berdoa seperti berikut setiap kali ketika hendak mengulangkaji pelajaran, iaitu: “Ya Allah, permudahkan, jangan menyusahkan” atau “Ya Allah, tidak ada sesuatu yang mudah, kecuali Engkau memudahkannya, oleh itu, mudahkan segala urusan kami”, Mudah-mudahan, dengan amalan berdoa, akan membentuk generasi yang cemerlang pada masa hadapan. Sesungguhnya, amalan berdoa mengikut adab dan tatacaranya, mampu membina jati diri insan. Antara manfaat berdoa itu ialah: l Meningkatkan lagi keyakinan terhadap pertolongan, rahmat dan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. l Mengelakkan diri daripada cepat berputus asa dan menyerah kalah. l Membina keyakinan diri. l Tabah dan sabar menghadapi cabaran hidup. l Membina semangat juang dan daya saing yang tinggi. l Membentuk disiplin diri. l Mendidik dan melatih diri supaya sentiasa berusaha dan berikhtiar. l Menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan keji dan lain-lain lagi. Justeru, banyak faedah yang diperolehi dengan mengamalkan doa dalam kehidupan kerana amalan itu menjadikan manusia sentiasa berhubung rapat dengan pencipta, sedar dan insaf mengenai kekuasaan dan kebesaran Allah, di samping akur dengan kelemahan diri sendiri. Keyakinan terhadap Kekuasaan Allah dan akur akan kelemahan diri, mampu membentuk manusia menjadi tidak sombong dan bongkak ketika berada di kemuncak kejayaan, dan tidak mudah berasa kecewa apabila menemui kegagalan. Inilah ciri-ciri manusia yang memiliki jati diri. Oleh itu, amalkanlah doa dalam kehidupan bagi memiliki sifat jati diri itu.

Wednesday, March 5, 2008

Sampaikan pesanan dengan cara yang halus

Apa guna tanam keranji,
Kalau tidak manis menggula;
Apa guna berjanji-janji,
Kalau kata tidak dikota.



Pantun ni adalah sebuah pantun yang menggunakan persoalan untuk menunjukkan maksud yang ingin di ketengahkan.jika kita teliti lagi pasal pantun di atas, pantun tu menggunakan pembayang berusurkan tumbuhan. Pada aku, hal ini disebabkan pengaruh persekitaran sehingga tumbuh-tumbuhan dijadikan medium pengarangan pantun, buktinya kerana sebahahagian besar pantun yang dianalisis, adalah dikaitkan unsur alam.
kalau kita tengok baris pantun yang pertama, pengarang pantun memberikan persoalan dan sekali gus menjawabnya pada baris kedua. aku fikir, baris pertama ini, sebenarnya ia membawa pengertian bahawa tiadalah guna menanam buah keranji, sekirannya buah yang ditanam itu tidak megeluarkan hasil yang memuaskan. Hanya sia-sia saja mempunyai pokok yang menghasilkan buah yang tidak enak dimakan. Buah keranji tu adalah buah yang bersifat manis dan bentuk fizikalnya kecil dan berwarna hitam. Buah keranji kini tidaklah sepopular buah-buah yang lain kerana ia hanya terdapat di dalam hutan. aku selalu je terbaca pasal buah keranji dalam pantu-pantun Melayu, tapi aku sendiri pun tak kenal buah keranji tu sendiri..ok lah, berbalik pada perbincangan tadi,
maksud tersirat yang terdapat dalam baris pembayang adalah tiada gunanya mempunyai sesuatu benda yang tidak memberikan manfaat.
tapi, pada baris maksud iaitu pada baris yang ketiga dan yang keempat pulak, segala persolaan terus terjawab dengan adanya penyataan pada baris yang aku gariskan diatas. Baris ketiga dan yang keempat itu membawa makna bahawa tidak guna sekirannya seseorang itu berjanji, jika akhirnya janji itu dimungkiri atau tidak ditepati. memang tepat pun apa yang dikatakan tu.
aku fikir, pengarang pantun sebenarnya nak memberikan nasihat supaya janji mesti ditunaikan walau apa cara sekalipun. Sekiranya sesorang itu tidak boleh menepati janjinya, lebih baik dari awalnya jangan berjanji. sebabnya, konsep janji itu sendiri ialah satu kenyataan kesediaan untuk berbuat atau memberikan sesuatu. Maka sekiranya janji itu tidak ditunaikan, maka berlakulah masalah terhadap orang yang menerima janji itu. Itulah perkara yang sebenar-benarnya yang menuntut agar manusia menepati janji yang telah dibuat.
Jika kita fikir kembali pasal pantun ni, ia mengajar supaya setiap manusia amanah kepada janji yang telah dibuat.
perkara yang tersirat dalam pantun ini adalah seruan supaya setiap janji haruslah dikotai atau ditepati, dan sekiranya sesuatu hal itu masih meragukan, maka janganlah berani berbuat janji. Dalam Islam juga, orang yang memungkiri janji itu adalah tergolong dalam kalangan orang yang munafik. maka...fikirlah adakah kita pernah memungkiri janji??? tepuk dada tanyalah IMAN..

Aduhai pengantin..

hai...
korang pernah tak tengok pengantin yang diarak dengan lilin?. sebenarnya dalam upacara majlis perkahwinan di negeri Sembilan, teradapat upacara ni. aku hanya tahu selepas ternampak gambar yang kawan aku simpan. dari situlah, aku baru tahu adanya tradisi arak lilin masyarakat di negeri sembilan ketika majlis perkahwinan. upacara tu biasanya dilangsungkan pada waktu malam. em, memang unik sekali tradisi tu, apa yang aku tahu, upacara tu menggunakan buluh-buluh yang diikat menggunakan tali, dan seterusnya akan menjadi seperti sebuah rakit. kemudian, di atasnya diletakkan pulak dua buah kerusi untuk diduduki oleh kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan. buakn tu saja, di tepi-tepi bulih yang diikat tadi, akan diletakan pulak lilin yang banyak, dimana, lilin tersebut akan diletakan mengelilingi tempat duduk pengantin. maka apabila malam menjelma, kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan akan dihias cantik seterusnya mereka akan duduk di atas kerusi yang diletakna diatas buluh-buluh yang telah diikat tadi. seterusnya lilin pun dipasang. lepas tu, enam orang lelaki yang gagah-gagah perkasa akan memikul disetiap penjuru tersebut dan seterusnya npengantin dianggkat dan diarak mengelilingi kampung ataupun sekitar tempat kediaman pengantin. masa tu, semua orang kampung akan menyaksika upcara tersebut.
jadi, upacara ini sebenarnya adalah bertujuan untuk meraikan kedua-dua pengantin tersebut. maka, dapat kita lihat, upaca ini sebenarnya berasal daripada pengaruh Hindu,kemudian ia dijadikan adat dan tradisi orang Melayu..dengan itu, seni orang Melayu terus bertambah, walaupun sesuatu adat itu dipengaruhi olehbudaya lain.. namun aku rasa. upacara ini sangat unik dalam meraikan saat-saat bahagia pengantin baru..

Tuesday, March 4, 2008

kuda si kuda kepang..

hari ni aku nak cerita pulak tentang satu tarian tradisi yang biasanya dimainkan di negeri tumpah darah aku sendiri. korang pernah tak tengok tarian kuda kepang? mungkin ada antara korang yang pernah tengok tarian tu. macam tu jugak dengan aku. tarian kuda kepang adalah sejenis tarian yang menggunakan patung yang berbentuk seperti seekor kuda. aku rasa tarian ni berasal dari Jawa. pada aku, tarian ni sangat unik. tapi, aku masih tertanya-tanya lagi, sejauh mana tarian kuda kepang membawa unsur misteri dan mistik. sedangkan tarian kuda kepang ni hayalah sebuah hiburan saja.
aku pernah menyaksikan tarian ni masa aku tingkatan satu. aku ingat lagi, masa tu aku pergi ke majlis kahwin di rumah jiran. waktu tu, tarian kuda kepang dimainkan dalam satu gelanggang khas yang di buat untuk tarian tu. Mulanya, tarian tu dimainkan oleh penari dengan penuh semangatnya. semua yang hadir, terpukau. termasuk jugak dengan aku. lama-kelamaan ada seorang penari lelaki mula menari dengan rancak sekali. bayangkanlah seorang penari lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an boleh menari dan melompat-lompat tak ubah seperti seekor kuda. aku teramat terkejut dengan situasi masa tu. bukan tu saja, penari tu jugak boleh melompat keluar dari gelanggang tarian. tak semena-mena, penari yang dah tak sedarkan diri tu melompat pulak pada sepohon pokok bunga kertas warna merah, lantas memakan bunga tu dengan lahapnya. mata penari tu bulat. aku rasa dia langsung tak sedar apa yang sedang dia lakukan tu. kemudian datang seseorang pergi menangkap penari yang sedang makan bunga kertas tu dan membaca sesuatu ke dalam cawan yang berisi air dan air yang tadi disapukan pula ke muka penari ya ng tak sedarkan diri tadi. beberapa minit, barulah penari tu lemah dan mula sedarkan diri. aku rasa dia tersangat letih, sebab nak berdiri pun dia dah tak terdaya lagi.
jadi apa yang masih lagi kabur dalam fikiran aku, betulkah tarian ini membawa kepada satu semangat yang membuatkan seseorang tu akan khayal dengan dunianya?. ataupun adakah ketika itu dia menganggap dirinya seekor kuda? dan adakah tarian itu sebenarnya berkait rapat dengan roh yang mengawal semua penari?. isk...susah betul nak menjawab hal ni.. maka, hal ni membuatkan aku selalu terfikir tentang apa yang aku saksikan 13 tahun yang dulu... sampai sekarang aku nak cari kepastian tentang apa yang sebenarnya dalam tarian KUDA KEPANG..korang ada pendapat tak???

Wednesday, February 27, 2008

TARIAN ZAPIN LENGA...
Tarian Zapin Lenga adalah satu-satunya repertoire Zapin Melayu Johor yang paling tua berjaya dikesan di Negeri Johor. Bentuk persembahan Zapin Lenga juga dianggap sebagai prototaip kepada Zapin Melayu Johor, sifat ' Archaic ' dari sudut pergerakan tari dan muzik jelas kelihatan pada gaya penari lelaki dan melodi muzik pengiring. Keistimewaaan Zapin Lenga dari sudut sejarah perkembangan seni Zapin Melayu di Johor ialah kemungkinan besar tradisi tersebut telah diwarisi dari Kerajaan Melayu Melaka setelah Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511.

Lenga dan kawasan Pagoh merupakan daerah berburu Raja-raja Melaka dan di sana juga tempatnya Sultan Melaka melarikan diri sewaktu Melaka diserang Portugis.Pada hari ini, tarian Zapin Lenga tidak lagi menjadi tradisi kesenian yang popular seperti pada zaman dahulu kerana kebanyakkan daripada pewaris-pewaris tua telah pun kembali ke rahmatullah. Tradisi ini juga telah berubah dan bentuknya yang asal kerana adanya penglibatan penari-penari wanita yang pada suatu masa dahulu tidak dibolehkan menarikan tarian zapin Lenga dikhalayak ramai. Zapin Lenga ini mempunyai 6 Langkah atau Ragam iaitu Langkah 1, langkah 2, langkah 3, langkah 4, langkah 5 dan langkah 6.
Zapin lenga ini lebih kepada kelembutan dan kemanisan para penari serta lebih ayu ditarikan oleh penari zapin wanita.
Namun tarian Zapin Lenga di Bandar Tenggara telah kurang diwarisi oleh mereka yang muda belia. Sebaliknya warisan ini diwarisi generasi yang lebih muda iaitu kanak-kanak Taska. Walaupun begitu, sejarah Zapin Lenga ini masih menjadi sebutan kerana beliawanis-beliawanis yang ada kini hanyalah berlatih untuk kepuasan dan bukan untuk dipertandingkan.

Tuesday, February 26, 2008

PANTUN SATU KESENIAN YANG TAK LAPUK DEK HUJAN, TAK LEKANG DEK PANAS [Photo]Assalamualaikum..HAI! selamat tahun baru 2008!!.. rasanya masih belum terlambat lagi untuk nak mengucapkanya.em.. terima kasih sebab sudi melawat blog aku. nama aku suziyati Abdul Mad. panggil je Su. nak panggil Susu pn tak pe.. aku anak jati negeri Johor. ha! Johor kat mane? hmm...aku orang Muo le. untuk pengetahuan semua, hampir tiga tahun dah aku belajar kat Upm. oleh sebab masa kat sekolah dulu aku minat subjek BM, maka, dengan sukacitanya aku memilih jurusan bacelor sastera, Bahasa dan Linguistik Melayu, dalam minor penulisan. dalam banyak-banyak subjek yang aku ambil kat FBMK, aku paling minat subjek SEMANTIK. korang nak tahu apa itu semantik? semantik ialah satu ilmu atau kajian tentang makna. aku jugak suka baca pantun. sebab , pada aku, pantun tu sangat indah kata-katanya... bukan semua orang yang dapat faham maksud pantun. sebenarnya pantun adalah satu kesenian orang Melayu dahulu kala. pantun dibuat untuk menyampaikan maksud dalam hati tanpa berterus terang. pada aku, cara ini agak bagus untuk digunakan dalam proses penyampaian nasihat, ilmu dan untuk memberi kesedaran tentang kesilapan yang telah dibuat. pantun tidk harus dilupakan, sebab, pantun adalah khazanah orang Melayu. apa kaitan pantun dengan semantik?, ini soalan yang baik untuk dijawab... dengan adanya ilmu semantik, sekurang-kurangnya aku dapat mentafsir apa yang dimaksudkan dalam pantun. dalam semantik, ada banyak teori yang boleh digunakan untuk mentafsir makna yang tersirat dalam pantun. salah satunya ialah teori pragmatik. korang nak tahu apa yang dikatakan teori pragmatik tu?, sebenarnya teori pragmatik tu ialah teori yang mengkaji makna berdasarkan konteks situasi dalam sesuatu perkataan. contohnya kalau aku kata Susu membeli ikan yang busuk. dan satu lagi contoh, Lala busuk hati dengan adiknya. makanya, 2 contoh ayat ni sangat berbeza maksud dan peranannya. ayat yang pertama itu menerangkan ikan yang busuk. makna ayat kedua pulak, lala ada perasaan yang tak baik pada adiknya. emm.. itulah yang dinamakan PRAGMATIK. aku harap korang faham yek tentang apa yang aku terangkan ni. sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dikaji menggunakan ilmu semantik. berbalik pulak cerita kita pasal pantun tadi. em mak aku kata, masa zaman dahulu, ayah nak mengorat mak, dengan cara berpantun. dari situlah mak aku jatuh cinta pada ayah. jadi kat sini, kita dapat lihat fungsi pantun yang bersifat pelbagai. tapi, jame lo ni.. orang mengorat dah tak gunakan pantun lagi... diorang guna ayat jiwang yag entah ape2 je..