Wednesday, March 19, 2008
Posted by SUZIYATI ; ) at 2:38 AM 0 comments
Monday, March 17, 2008
KUDA KEPANG lagi...
SEJARAH PERMAINAN KUDA KEPANG
Permainan kuda kepang merupakan salah satu permainan rakyat di negara ini. Jika di negeri Pantai Timur Semenanjung terkenal dengan permainan wau dan wayang kulit, kuda kepang pula mendapat tempat di hati rakyat Johor. Kehalusan seninya begitu terpelihara walaupun arus kemodenan begitu ketara dalam beberapa aspek kebudayaan.
Salah seorang pencinta permainan ini di Pt. Kemang Muar ialah En.Margono bin Hj. Anuar atau lebih mesra dipanggil "Wak Gono". Beliau sudah lama berkecimpung dalam permainan kuda kepang tetapi faktor usia menyebabkan beliau terpaksa melupakan permainan ini. Permainan kuda kepang disebarkan kepada rakan-rakan serta orang-orang kampung dan hingga kini di Kampung Parit Kemang sudah mempunyai sebuah persatuan "Persatuan Kuda Kepang Pt. Kemang Muar". Menceritakan sejarah awal, beliau yang kini berusia 80 tahun menyatakan kuda kepang berasal dari Tanah Jawa Indonesia dan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh rakyat Indonesia yang berhijrah ke negara ini. Pada mulanya ia hanya permainan biasa seperti "Sepak Raga". Namun sambutan dari penduduk tempatan menyebabkan ia berkembang dari sebuah kampung ke sebuah kampung.
Pada zaman sekarang, permainan kuda kepang dimainkan di majlis perkahwinan atau sesuatu majlis keramaian. Pemain kuda kepang memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang dimana 9 orang menari, 5 orang pemain muzik, 15 orang penjaga kawasan dan dua orang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih". Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan jumlah ahlinya adalah seramai 40 orang. Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang". Pakaian permainan pula biasanya seragam.
Peralatan Kuda Kepang
Peralatan yang diperlukan untuk permainan kuda kepang ialah alat muzik yang terdiri daripada 5 buah Angklung. Angklung diperbuat daripada buluh dan rotan yang boleh didapati daripada kawasan persekitaran. Angklung bersaiz segiempat dan ianya dimainkan dengan cara menggoyang dan menggoncang buluh tersebut. Bagi buluh yang kecil, apabila diketuk akan mengeluarkan bunyi nyaring, manakala buluh yang besar akan mengeluarkan bunyi bergema dan dari kombinasi kedua-dua bunyi ini akan menghasilkan bunyi yang indah dan menarik.
Perkakas lain yang digunakan ialah sebuah gendang. Gendang ini diperbuat daripada kayu Leban dan kulitnya dari kulit lembu. Kulit lembu diperoleh dari saki baki kulit lembu yang dikorbankan semasa Hari Raya Haji. Kulit lembu ini dikeringkan. Sementara pengikatnya diperbuat daripada rotan. Gendang mempunyai panjang diameter lebih kurang 3 kaki. Gendang ini dipalu mengikut irama yang tertentu.
Perkakas lain yang digunakan ialah pecut. Pecut diperbuat daripada buluh dan tali. Kedua-duanya dipintal menjadi satu. Fungsi Pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan atau penari kuda kepang.
Perkakas terpenting ialah kuda-kuda. Ianya diperbuat daripada kulit lembu. Dibentuk menyerupai kuda dan diwarnakan merah,putih atau kelabu.
Selain itu perkakas lain ialah tali sepanjang 30 meter. Tali sepanjang ini digunakan untuk dibuat pagar bagi mengelak penari kuda kepang yang mabuk berkeliaran dan mudah untuk bomoh mengawalnya. Alat-alat lain ialah gong. Gong apabila dipalu akan mengeluarkan bunyi "goooong" dan meyedapkan lagi bunyi muzik pengiring.
Pantang Larang Ketika Pemainan
Pantang larang dalam permainan kuda kepang ialah pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal.
Namun pantang larang yang utama ialah tidak boleh melihat kain berwarna merah kerana ia adalah pantang larang semulajadi. Selain itu tidak boleh terlihat atau melihat kaca atau serpihannya kerana ditakuti akan dimakan oleh pemain.
Apabila muzik mula bergema, masuklah pemain-pemain yang dipimpin oleh "danyang" memasuki gelanggang. Pemain-pemain akan menari menurut rentak dan irama lagu. Tiap-tiap penari akan menunggang atau memacu kuda anyaman(kuda kepang). Tarian yang kerap dipersembahkan dalam sesuatu majlis tarian kuda kepang ialah Tarian Solo, Tarian Selendang, Tarian Pucuk Rebung dan Tarian Kuda Kepang dinamakan "Lenggang Kiprah". Penari-penari menari sehingga mabuk atau tidak sedarkan diri selama 2 jam. Keadaan ini disebut sebagai "naik syeh".Mereka boleh melakukan perbuatan atau gerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi 6 kaki dan sebagainya. Kadang-kadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya.
Semasa penari dalam keadaan demikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak maka penari akan naik berang dan akan menerkam atau menendang pemain muzik. Kelakuan ini tidak ubah seperti kuda yang sedang berang. Jika keadaan bertambah liar, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, seterusnya dijampi. Penari-penari itu akan dipulihkan semula oleh Tok Bomoh dan kembali normal seperti biasa.
Menurut keterangan pemain yang mengalami kejadian seperti ini,ketika mabuk mereka bermimpi menunggang kuda sambil menari-nari dengan iringan muzik. Semakin lama bunyian itu sayup kedengaran. Kerana itulah mereka cuba mengejar muzik itu. Jelaslah tarian Kuda Kepang mempunyai semangat yang menjadi asas kepercayaan dan peminat mereka. Selain itu alat-lat kuda kepang mesti disimpan dengan baik kerana ditakuti akan dimarahi oleh 'rohnya'. Ini menunjukkan bahawa permainan kuda kepang mempunyai kepercayaan tersendiri.
Sepertimana cara perubatan tradisional, permainan kuda kepang juga tidak ketinggalan menyelitkan pengerasnya yang diserahkan kepada Tok Bomoh persembahan. Pengeras yang dimaksudkan ialah beberapa butir kemenyan, tempat bara untuk membakar kemenyan, air mentah secerek, nasi campur (nasi yang sudah bercampur lauk ayam dan sayur), kuih campur, serta yang utama sekali ialah wang sebanyak RM2.25 yang diserahkan oleh tuan rumah atau penganjur kepada Tok Bomoh persembahan. Bayaran untuk setiap persembahan atau pertunjukan kuda kepang adalah tidak kurang dari RM200 .
Posted by SUZIYATI ; ) at 11:24 PM 0 comments
Wednesday, March 12, 2008
Hayatilah Khazanah Terindah Ini
Anak gajah mandi di sumur,
Ambil galah dalam perahu;
Orang muda jangan takbur,
Cubaan Allah siapa tahu.
Bakar damar di tangjung Palas,
Bilah juga akan suginya;
Saya benar serta ikhlas,
Allah juga akan saksinya.
Daun terup di atas dulang,
Anak udang mati dituba;
Dalam kitab ada terlarang,
Perbuatan haram jangan dicuba.
Dua tiga emapat lima,
Enam tujuh lapan sembilan;
Kita hidup tidakkan lama,
Jangan lupa siapkan bekalan.
Dua likur harinya Ahad,
Bulan mengambang atas angkasa;
Allah Yang Esa Yang Maha Melihat,
Tuhan Yang Adil Yang Maha Kuasa
Lancang melurut arah kuala,
Arus deras banyak berjeram;
Jangan diturut nafsu menyala,
Akhirnya nahas karam tenggelam.
Posted by SUZIYATI ; ) at 1:36 AM 0 comments
Jom Dengar Muzik!
Posted by SUZIYATI ; ) at 1:07 AM 0 comments
Kecantikan adalah Hak Milik Setiap Insan
Posted by SUZIYATI ; ) at 1:03 AM 0 comments
KITA DAN JATI DIRI
Posted by SUZIYATI ; ) at 12:50 AM 0 comments
Wednesday, March 5, 2008
Sampaikan pesanan dengan cara yang halus
Apa guna tanam keranji,
Kalau tidak manis menggula;
Apa guna berjanji-janji,
Kalau kata tidak dikota.
Pantun ni adalah sebuah pantun yang menggunakan persoalan untuk menunjukkan maksud yang ingin di ketengahkan.jika kita teliti lagi pasal pantun di atas, pantun tu menggunakan pembayang berusurkan tumbuhan. Pada aku, hal ini disebabkan pengaruh persekitaran sehingga tumbuh-tumbuhan dijadikan medium pengarangan pantun, buktinya kerana sebahahagian besar pantun yang dianalisis, adalah dikaitkan unsur alam.
kalau kita tengok baris pantun yang pertama, pengarang pantun memberikan persoalan dan sekali gus menjawabnya pada baris kedua. aku fikir, baris pertama ini, sebenarnya ia membawa pengertian bahawa tiadalah guna menanam buah keranji, sekirannya buah yang ditanam itu tidak megeluarkan hasil yang memuaskan. Hanya sia-sia saja mempunyai pokok yang menghasilkan buah yang tidak enak dimakan. Buah keranji tu adalah buah yang bersifat manis dan bentuk fizikalnya kecil dan berwarna hitam. Buah keranji kini tidaklah sepopular buah-buah yang lain kerana ia hanya terdapat di dalam hutan. aku selalu je terbaca pasal buah keranji dalam pantu-pantun Melayu, tapi aku sendiri pun tak kenal buah keranji tu sendiri..ok lah, berbalik pada perbincangan tadi,
maksud tersirat yang terdapat dalam baris pembayang adalah tiada gunanya mempunyai sesuatu benda yang tidak memberikan manfaat.
tapi, pada baris maksud iaitu pada baris yang ketiga dan yang keempat pulak, segala persolaan terus terjawab dengan adanya penyataan pada baris yang aku gariskan diatas. Baris ketiga dan yang keempat itu membawa makna bahawa tidak guna sekirannya seseorang itu berjanji, jika akhirnya janji itu dimungkiri atau tidak ditepati. memang tepat pun apa yang dikatakan tu.
aku fikir, pengarang pantun sebenarnya nak memberikan nasihat supaya janji mesti ditunaikan walau apa cara sekalipun. Sekiranya sesorang itu tidak boleh menepati janjinya, lebih baik dari awalnya jangan berjanji. sebabnya, konsep janji itu sendiri ialah satu kenyataan kesediaan untuk berbuat atau memberikan sesuatu. Maka sekiranya janji itu tidak ditunaikan, maka berlakulah masalah terhadap orang yang menerima janji itu. Itulah perkara yang sebenar-benarnya yang menuntut agar manusia menepati janji yang telah dibuat.
Jika kita fikir kembali pasal pantun ni, ia mengajar supaya setiap manusia amanah kepada janji yang telah dibuat.
perkara yang tersirat dalam pantun ini adalah seruan supaya setiap janji haruslah dikotai atau ditepati, dan sekiranya sesuatu hal itu masih meragukan, maka janganlah berani berbuat janji. Dalam Islam juga, orang yang memungkiri janji itu adalah tergolong dalam kalangan orang yang munafik. maka...fikirlah adakah kita pernah memungkiri janji??? tepuk dada tanyalah IMAN..
Posted by SUZIYATI ; ) at 2:20 AM 0 comments
Aduhai pengantin..
hai...
korang pernah tak tengok pengantin yang diarak dengan lilin?. sebenarnya dalam upacara majlis perkahwinan di negeri Sembilan, teradapat upacara ni. aku hanya tahu selepas ternampak gambar yang kawan aku simpan. dari situlah, aku baru tahu adanya tradisi arak lilin masyarakat di negeri sembilan ketika majlis perkahwinan. upacara tu biasanya dilangsungkan pada waktu malam. em, memang unik sekali tradisi tu, apa yang aku tahu, upacara tu menggunakan buluh-buluh yang diikat menggunakan tali, dan seterusnya akan menjadi seperti sebuah rakit. kemudian, di atasnya diletakkan pulak dua buah kerusi untuk diduduki oleh kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan. buakn tu saja, di tepi-tepi bulih yang diikat tadi, akan diletakan pulak lilin yang banyak, dimana, lilin tersebut akan diletakan mengelilingi tempat duduk pengantin. maka apabila malam menjelma, kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan akan dihias cantik seterusnya mereka akan duduk di atas kerusi yang diletakna diatas buluh-buluh yang telah diikat tadi. seterusnya lilin pun dipasang. lepas tu, enam orang lelaki yang gagah-gagah perkasa akan memikul disetiap penjuru tersebut dan seterusnya npengantin dianggkat dan diarak mengelilingi kampung ataupun sekitar tempat kediaman pengantin. masa tu, semua orang kampung akan menyaksika upcara tersebut.
jadi, upacara ini sebenarnya adalah bertujuan untuk meraikan kedua-dua pengantin tersebut. maka, dapat kita lihat, upaca ini sebenarnya berasal daripada pengaruh Hindu,kemudian ia dijadikan adat dan tradisi orang Melayu..dengan itu, seni orang Melayu terus bertambah, walaupun sesuatu adat itu dipengaruhi olehbudaya lain.. namun aku rasa. upacara ini sangat unik dalam meraikan saat-saat bahagia pengantin baru..
Posted by SUZIYATI ; ) at 1:53 AM 0 comments
Tuesday, March 4, 2008
kuda si kuda kepang..
Posted by SUZIYATI ; ) at 2:02 AM 0 comments