Apa guna tanam keranji,
Kalau tidak manis menggula;
Apa guna berjanji-janji,
Kalau kata tidak dikota.
Pantun ni adalah sebuah pantun yang menggunakan persoalan untuk menunjukkan maksud yang ingin di ketengahkan.jika kita teliti lagi pasal pantun di atas, pantun tu menggunakan pembayang berusurkan tumbuhan. Pada aku, hal ini disebabkan pengaruh persekitaran sehingga tumbuh-tumbuhan dijadikan medium pengarangan pantun, buktinya kerana sebahahagian besar pantun yang dianalisis, adalah dikaitkan unsur alam.
kalau kita tengok baris pantun yang pertama, pengarang pantun memberikan persoalan dan sekali gus menjawabnya pada baris kedua. aku fikir, baris pertama ini, sebenarnya ia membawa pengertian bahawa tiadalah guna menanam buah keranji, sekirannya buah yang ditanam itu tidak megeluarkan hasil yang memuaskan. Hanya sia-sia saja mempunyai pokok yang menghasilkan buah yang tidak enak dimakan. Buah keranji tu adalah buah yang bersifat manis dan bentuk fizikalnya kecil dan berwarna hitam. Buah keranji kini tidaklah sepopular buah-buah yang lain kerana ia hanya terdapat di dalam hutan. aku selalu je terbaca pasal buah keranji dalam pantu-pantun Melayu, tapi aku sendiri pun tak kenal buah keranji tu sendiri..ok lah, berbalik pada perbincangan tadi,
maksud tersirat yang terdapat dalam baris pembayang adalah tiada gunanya mempunyai sesuatu benda yang tidak memberikan manfaat.
tapi, pada baris maksud iaitu pada baris yang ketiga dan yang keempat pulak, segala persolaan terus terjawab dengan adanya penyataan pada baris yang aku gariskan diatas. Baris ketiga dan yang keempat itu membawa makna bahawa tidak guna sekirannya seseorang itu berjanji, jika akhirnya janji itu dimungkiri atau tidak ditepati. memang tepat pun apa yang dikatakan tu.
aku fikir, pengarang pantun sebenarnya nak memberikan nasihat supaya janji mesti ditunaikan walau apa cara sekalipun. Sekiranya sesorang itu tidak boleh menepati janjinya, lebih baik dari awalnya jangan berjanji. sebabnya, konsep janji itu sendiri ialah satu kenyataan kesediaan untuk berbuat atau memberikan sesuatu. Maka sekiranya janji itu tidak ditunaikan, maka berlakulah masalah terhadap orang yang menerima janji itu. Itulah perkara yang sebenar-benarnya yang menuntut agar manusia menepati janji yang telah dibuat.
Jika kita fikir kembali pasal pantun ni, ia mengajar supaya setiap manusia amanah kepada janji yang telah dibuat.
perkara yang tersirat dalam pantun ini adalah seruan supaya setiap janji haruslah dikotai atau ditepati, dan sekiranya sesuatu hal itu masih meragukan, maka janganlah berani berbuat janji. Dalam Islam juga, orang yang memungkiri janji itu adalah tergolong dalam kalangan orang yang munafik. maka...fikirlah adakah kita pernah memungkiri janji??? tepuk dada tanyalah IMAN..
Wednesday, March 5, 2008
Sampaikan pesanan dengan cara yang halus
Posted by SUZIYATI ; ) at 2:20 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment