Bongai atau dikenali sebagai Rentak Kuda adalah nyanyian rakyat yang menjadi identiti masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Bongai atau Rentak Kuda adalah suatu genre puisi lama, khususnya pantun yang dinyanyikan secara berbalas-balas diiringi muzik yang khusus, dengan membawakan berbagai-bagai melodi lagu.
Setiap rangkap yang dinyanyikan membawa unsur-unsur yang tersendiri dalam pembentukan masyarakatnya. Keindahan senikatanya mampu menghiburkan sambil memberikan pengajaran kerana isinya padat dengan nasihat dan tunjuk ajar yang halus lagi tertib kepada pendengarnya.
Kesenian Bongai mempunyai keunikanya yang tersendiri dalam memberikan unsur pengajaran walaupun tujuannya yang sebenar adalah untuk menghibur. Muziknya mempunyai nilai-nilai keindahan yang tersendiri dan cukup menarik. Puisi-puisi dalam lagunya bertujuan untuk menghiburkan tetapi dalam pada masa yang sama ia menjadi medium kepada pengajaran, nasihat, pandangan, teguran, kepada masyarakat agar sentiasa berbuat baik, bantu-membantu dan sebaginya. Disinilah letaknya kehalusan dan ketinggian budi dan pemikiran masyarakat Melayu.
Bongai atau Rentak Kuda adalah suatu genre puisi lama, khususnya pantun yang dinyanyikan secara berbalas-balas, diiringi muzik yang khusus dan membawa pelbagai melodi lagu. Permainan ini kebiasaanya diadakan pada malam hari, dalam majlis dan kenduri-kendara sebagai hiburan kepada orang ramai dan mereka yang bertungkus lumus menjayakan majlis.
Bongai merupakan salah satu daripada nyanyian rakyat yang mempunyai fungsinya yang tersendiri dalam mendidik masyarakatnya melalui hiburan. Tidak dinafikan Bongai adalah salah satu medium yang digunakan pada masa dahulu sebagai alat untuk berhibur setelah penat berkerja. Namun disebalik hiburan yang disajikan, tersirat pelbagai fungsi yang lain yang mampu membentuk jati diri sesebuah anak bangsa yang lahir daripada kalangan beradat.Begitu indahnya tinggalan warisan bangsa kepada anak cucu. Tinggalan seperti Bongai, Dongdang Sayang, Ghazal, Boria dan lain-lain lagi merupakan satu medium pengajaran yang cukup terkesan dalam pembinaan jati diri bangsa yang digelar Melayu. Bongai yang merupakan hasil tinggalan yang kini menjadi identiti kepada masyarakat di Negeri Sembilan seharusnya dijadikan amalan dan ikutan kepada masyarakat tanah beradat dalam membentuk perwatakan diri yang baik. Bongai suatu masa dahulu merupakan sebuah institusi pendidikan dalam masyarakat tradisional yang memerlukan pemuliharaan yang sewajarnya agar dapat dinikmati oleh generasi kini dan mendatang supaya dapat memasyarakatkan khalayaknya menerusi lagu-lagunya yang indah yang terkandung seribu satu macam nasihat, falsafah, pemikiran dan pengajaran agar dapat membentuk sebuah masyarakat yang cermerlang, gemilang dan terbilang.
antara lagu bongai yang sering mendapat perhatian dalam kalangan pengiat bongai antaranya ialah umpan bocek, timang seberang, cemperai dan petasih
kurang minyak diperminyakan
minyak ditaruk tengah laman
kalaulah burung tengah jinak
boleh makan ditapak tangan
kedarat mencari bingkat
dapat bingkat pecah belah
terbang melayang burung nak dipikat
hinggap ke dahan abang pasang getah
kalau ada buah-buahan
nak menebang kayu berduri
kalau ada mudah-mudahan
burung terbang menyerah diri
Wednesday, December 3, 2008
Bongai??????
Posted by SUZIYATI ; ) at 5:20 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Hi susu.. =)
Post a Comment